Jumaat, 8 Januari 2016

MAIN PANGKA

Permainan ini dinamakan MAIN PANGKA yang membawa maksud gusti ala somo.Permainan ini adalah tradisi orang dayak terdahulu untuk meleraikan ketidak puas hati mereka sesama sendiri.Tetapi dipopularkan kembali sebagai permainan tradisi untuk menguji kekuatan ilmu batin sesama sendiri.Menurut orang tua tua bangsa dayak,main gusti adalah dipanggil sebagai PANGKA seperti gusti somo yang memerlukan permain memegang sirat seperti digambar,dan dikehendaki mengangkat lawan mengikut keupayaan sendiri,bila lawan tidak terangkat maka anda bersedialah untuk di angkat dan dipangka(dihempas ke tanah)..Permainan ini akan tamat bila salah seorang pemain menyembah sebagai tanda mmengalah dan maka juara akan dicabar pemain yang lain.Juara permainan ini mesti menang permainan ini sebanyak 30 kali kalau bilangan pelawan itu ramai,kalau sedikit maka pelawan itu boleh dikira menang bila juara 10 kali.Si juara perlu bersedia selalu kerana ramai pelawan yang hebat mencabar nya.Inilah keunikan gusti sumo orang dayak terdahulu.Tetapi sekarang permainan ini tidak dimainkan lagi atas faktor keselamatan tradisi ini.Kerana orang sekarang ini takut disakiti nanti lain pula jadinya.Ini menyebabkan tradisi ini dah lupus.
By Haji Basri.
Kamek duluk duluk masa miak agi kalak meda mainan tuk di Sarikei pada tahun 1970an.Kamek masa tu berumur 10 tahun ada melawat sahabat ayah kamek di Sarikei.Best nangak mainan tu.Geli ati nangak nya.Endang kamek ingat si pelawan ni benjol kening jak.Anak anak kamek mana ada nangak mainan tuk dirumah panjang agik.Malah kitak dayak pun sik pernah nangak mainan tuk.Mungkin sebaya kamek ada nangak mainan PANGKA tuk..SERAWAK endang ANTAP...

Tiada ulasan: