Ilang Mat Salleh pahlawan dari Gunung Kinabalu.Didalam cerita legenda Mat Salleh adalah pahlawan yang masih hidup sampai sekarang walaupun kepala nya terpisah dari badan tetapi bercantum semula.Menurut informer kita,kepala nya ditanam di Tambunan dan tubuhnya di Ranau.Kalau menurut sejarah asal tempatan kesaktian Mat Salleh ialah bila tubuh nya dipisahkan dari kepala ia nya tetap bercantum juga.Menurut Mac Dowe pemegang tampuk pemerintahan British semasa itu di North Borneo Company,kepala Mat Salleh terpaksa dilarikan jauh oleh tentera British bernama P.Jose ke Tambunan secepat mungkin kerana tubuh dan kepala Mat Salleh tetap bercantum walaupun dipenggal beberapa kali.Malah tubuh Mat Salleh di ikat di batu besar dan dikuburkan kerana British khuatir Mat Salleh hidup semula dan mencari kepalanya.Tetapi beberapa hari kemudian batu itu terangkat dan tubuh tanpa kepala Mat Salleh telah hilang begitu sahaja tanpa dikesan.Dan membuatkan British bertambah gementar dan membuat pemeriksaan di kubur kepala Mat Salleh dan ternyata kepalanya hilang.Menurut legenda P.Jose pun menghilang juga.Dimanakah P.Jose dan dimanakah kepala dan tubuh Mat Salleh??Persoalan nya sekarang kenapa rakan kita di Sabah tidak ingin menjejak history terulung ini??Legenda Mat Salleh ada pada saya tetapi saya tak ingin memberitahu selanjut kerana kalau beritahu mungkin mereka mengingatkan saya akan menyesatkan agama baru yang mereka anuti nanti.Mat Salleh keturunan Dayak Dusun di Sabah.Inilah Legenda terulung sampai sekarang tiada sesiapa dapat merungkai misteri dimanakah kubur Mat Salleh seperti pahlawan pengaman Dayak Iban di Sarawak yang dipanggil Balang Si Balai Nyabung.
Moga saya dapat menjejaki kehidupan terulung ini.Kehidupan Mat Salleh menjadi misi mencari keajaiban duniawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan