Isnin, 20 November 2017
Khamis, 16 November 2017
Isnin, 9 Januari 2017
GERILA KOMANDO SEMUT OPERASI Z PERANG DUNIA KEDUA DI BORNEO 1945
GERILA KOMANDO SEMUT OPERASI Z PERANG DUNIA KEDUA DI BORNEO 1945
- Perjuangan yang tidak didendangkan
Mereka anak tempatan Sarawak dan Sabah. Mereka bukan tentera. Mereka tidak pernah dijanjikan upah. TETAPI mereka berjuang semata-mata untuk mengusir keluar Jepun dari tanahair yang tercinta. Merekalah pejuang yang tidak didendangkan kerana tanpa mereka kejayaan Operasi Z yang diketuai oleh Pasukan Tentera Australia sewaktu pendudukan Jepun di bumi Borneo tidak akan pernah berjaya. Anak-anak tempatan inilah yang gah namanya atas nama perang gerila dan dikenali dengan nama Komando Semut.
Suatu waktu dahulu di ketika Jepun berjaya menakluki bumi Borneo ketika Perang Dunia Ke-2, satu operasi menggunakan taktik gerila pernah berlaku di bumi Borneo dan permulaannya nun jauh di pendalaman bumi Sarawak iaitu di Bario, satu kawasan tanah tinggi yang sudah tentu tentera Jepun tidak pernah menduga ada pejuang-pejuang anak tempatan yang berani menentang mereka. Keberadaan Komando Semut ini di bumi Borneo amnya menjadi igauan ngeri bagi setiap tentera Jepun yang ditugaskan di bumi Sarawak mahupun Sabah di ketika itu.
Pada satu pagi yang sejuk dan hening di bumi Borneo, penduduk Bario yang masih lagi diulit mimpi dikejutkan dengan bunyi bising seakan-akan bunyi gong yang dipukul bertalu-talu di ruang angkasa Bario. Di ketika itulah di dalam keadaan samar-samar dinihari, anggota payung terjun Unit Tentera Australia diketuai oleh Major Harrison terjun bebas dan mendarat di bumi Bario dengan selamat. Di dalam keributan itulah mereka didatangi oleh komuniti Kelabit yang menjadi penghuni bumi Bario.
Siapa tidak kenal dengan orang Kelabit yang sentiasa penuh dengan adat susila dan kedatangan Major Harrison ini tetap disambut dengan senyuman dan berbudi bahasa. Setelah diperjelaskan maksud kedatangan oleh Major Harrison kepada Penghulu di Bario akhirnya tujuan Major Harrison itu disokong oleh Penghulu serta “anak-anak jantan” Bario dengan penuh semangat di dada. Kesemuanya hanya satu iaitu untuk membebaskan tanahair tercinta daripada genggaman musuh iaitu Tentera Jepun dari Negara Matahari Terbit.
Tanpa melengah masa, Major Harrison atau Tuan Mayur panggilan masyarakat Bario pada waktu itu telah mula mengrekrut anak-anak jantan Bario dari etnik Kelabit yang juga terkenal dengan darah “headhunter” suatu waktu dahulu. Dari bumi Bario inilah Komando Semut itu bermula dan seterusnya mereka dilatih dengan ilmu ketenteraan dari aspek taktikal sehinggalah ke penggunaan senjata api bagi memerangi tentera Jepun.
Setelah siaga semuanya, Komando Semut dari Bario telah menuruni Tanah Tinggi Kelabit ke kawasan yang lain dan anggota Komando Semut menjadi semakin besar dan kuat. Jika sewaktu lampau, amat sukar untuk menyatukan etnik-etnik ini kerana adanya perang perluasan wilayah yang dinamakan Perang Ngayau tetapi untuk menjadi Komando Semut, kesemua cerita dulu-dulu dibuang jauh-jauh atas nama kecintaan kepada tanahair. Komando Semut seterusnya dianggotai oleh pelbagai etnik-etnik di bumi Sarawak seperti etnik Lunbawang, Taggal, Murut, Iban, Penan dan Kayan yang menjadikan mereka pejuang tegar dan berani.
Perlulah diketahui bahawa Komando Semut bukan hanya menjadi pengikut kepada arahan Tuan Mayur (Major Harrison) sebaliknya kepakaran Komando Semut juga dituntut di dalam merancang segala urusan taktikal kerana hanya penduduk tempatan mengetahui selok-belok bumi Sarawak mahupun Sabah pada masa itu. Di ketika inilah timbulnya nama-nama besar seperti Temenggong Koh (Semut III), Penghulu Blaja (Semut IV), Penghulu Lawai (Semut I) dan Penghulu Tama Wen Agin (Semut II) memainkan peranan mereka menyusun segenap segi modus operandi serangan keatas tentera Jepun pada masa itu.
Sebenarnya bukan senang untuk menjadi Komando Semut kerana sudah tentu kedatangan Tuan Mayur tidak membawa apa bekalan yang mencukupi untuk semua. Di kala inilah kesatuan setiap masyarakat rumah-rumah panjang menjadi pendokong kuat kepada operasi Komando Semut di bumi Sarawak pada waktu itu. Diceritakan kerana semangat yang ada pada etnik-etnik pribumi Sarawak pada waktu itu, setiap bekalan untuk Komando Semut disediakan sendiri oleh penduduk-penduduk rumah panjang di Sarawak yang terlibat. Kerana jauhnya pusat operasi mereka agar tidak mahu dikesan oleh tentera Jepun, ada sesetengah penghantar bekalan anak tempatan samada lelaki atau wanita terpaksa berjalan kaki sehingga 2 hari baru sampai ke dalam hutan tempat Komando Semut bersembunyi.
Serangan-serangan ala gerila yang dilancarkan oleh Komando Semut sememangnya sesuatu yang tidak dapat disangkal dek akal oleh tentera Jepun. Nyawa tentera Jepun boleh melayang bila-bila masa kerana dikala inilah dikatakan bahawa Komando Semut juga mengadakan perang kayau atas tentera Jepun maka banyaklah kepala tentera Jepun yang bercerai dari badan. Inilah perang Kayau yang dibenarkan mengikut sejarahnya di abad 20an.
Serangan demi serangan oleh Komando Semut telah berjaya mengorbankan lebih kurang 1068 tentera Jepun malah sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan tentera Jepun juga turut ditangkap iaitu seramai 201 orang kesemuanya. Inilah kejayaan Komando Semut yang sukar untuk diduga kerana terdiri daripada penduduk tempatan yang juga menjadi “mata dan telinga” kepada anggota tentera yang lain.
Berikut merupakan perjalanan-perjalanan Komando Semut di dalam merealisasikan perang gerila mereka ke atas pendudukan Jepun di bumi Borneo. Di kala ini mereka dibahagi-bahagikan kepada unit-unit kecil yang dipanggil Semut I, Semut II, Semut III dan Semut IV. Setiap perjalanan mereka adalah dengan menggunakan jalan darat dan sudah tentu ada sahaja penduduk tempatan kawasan tersebut yang menjadi sebahagian Komando Semut di bumi Borneo.
Semut I - Dari Lawas ke Meligan ke Eburu melalui Sungai Padas ke Long Miau ke Long Pa Sia ke Long Semado ke Long Beluyu ke Long Buan Buda ke Ba’ Kelalan. Dari Ba’ Kelalanto Long Rupai. Kemudian menerusi Sungai Limbang ke Long Napir ke Long Raya ke Long Kaya ke Long Adang ke Long Bawan ke Lembudut ke Long Layo ke Pa’ Upan ke Long Nawang. Dari situ mereka ke Long Bawan ke Pa Omong ke Wai Agung.
Dari Long Bawan, anggota Komando Semut sebahagiannya menaiki penerbangan ke Malinau dan dari Malinau menaiki bot ke Tarakan kemuding ke Mensalong ke Long Labang menerusi Sungai Sembakung ke Lumbis ke Saliliran ke Pensiangan ke Silungai dan akhirnya ke Keningau.
Semut II - Bermula di Bario ke Pa Berang ke Long Sabai ke Long Lellang ke Long Kepang ke Long Sait ke Long Miri ke Long Lama menerusi Sungai Baram untuk ke Marudi kemudian ke Kuala Baram. Dari Marudi dengan menerusi Sungai Tutoh terus ke Sungai Tinjar.
Semut III - Bermula di Sibu ke Kanowit kemudian ke Kapit dan menggunakan bot menerusi Sungai Rajang ke Belaga kemudian ke Tubau dan seterusnya ke wilayah Kalimantan iaitu Long Nawag menerusi Sungai Balui. Dari Belaga itu juga, mereka ke Long Nibong yang mana terpaksa menjalani perjalanan sukar akibat derasnya air di Dulit Range.
Semut IV - Bermula di Mukah dan seterusnya ke Bintulu.
Berdasarkan kepada perjalanan yang penuh onak nan berduri ini sahaja sudah cukup memberikan sejuta gambaran betapa payahnya perjalanan untuk membebaskan tanahair ini. Dikatakan kerana tidak mahu lari dari jadual perjalanan mereka yang panjang, menurut ceritanya tiada satu pun tempat yang mereka menginap lebih dari satu malam. Ditambah lagi tidak mahu keberadaan mereka senang dikenalpasti oleh pihak tentera Jepun yang juga mempunyai barua-barua di kalangan rakyat tempatan pada waktu itu. Jadi segalanya harus dilakukan dengan cepat dan diam-diam.
Mengikut sejarah Komando Semut ini sebenarnya dikatakan mempunyai lebih daripada 2000 orang anggota gerila tetapi kerana tiadanya dokumentasi yang komprehensif maka banyak nama-nama yang tidak disenaraikan. Dan nama-nama pejuang Komando Semut YANG TIDAK DIDENDANGKAN ini adalah menurut apa yang dilampirkan di dalam laporan Semut Retrace In Borneo 11 Dec 1996 to 17 February 1997.
Limbang, Sarawak
1. Pun Umung , Kampung Pundut
2. Sambas bin Murah , Kampung Pahlawan
3. Tuai Rumah Kaya , Kampung Tanah Merah
4. Bala Biruh , Long Napir
5. Taibilong, Long Napir
6. Tamah Ukab @ Marah Uga, Long Napir
7. Penghulu Taie Bilung, Long Napir
8. Taie Lulu, Long Napir
9. Dawat Uri, Long Napir
10. Ulih Ratu, Long Napir
11. Marak Uga, Long Napir
12. Surut Abai, Long Napir
13. Balang Ribuh, Long Napir
14. Aul Aran, Long Napir
15. Pun Palima, Long Napir
16. Pengiran Sala Aduk (Tama Lsiu) , Long Napir
17. Taih Ribuh, Long Napir
18. Pun Dira, Long Napir
19. Pun Tegiu, Long Napir
20. Pun Nakap, Long Napir
21. Lujok, Long Napir
22. Pun Gala, Long Napir
23. Paren Ngetih, Long Napir
24. Agan Balai, Long Napir
25. Miri Pulu, Long Napir
26. Akun Pengiran @ Tamah Sian, Long Napir
27. Tamin Pulu Ribuh, Long Napir
28. Riwed Asi Murang, Long Napir
29. Tamah Lawai, Long Napir
30. Ngareng Balang, Long Napir
31. Malung Uri, Long Napir
32. Gevani Liaan (Balang Matan) , Long Napir
33. Gelaku (Tama Gala) , Long Napir, Limbang
34. Jau (Tama Laing) , Long Napir
35. Mili Ulun, Long Napir
36. Bala Ulu, Long Napir
37. Panan Nayan, Long Napir
38. Pun Lupung, Long Napir
Lawas, Sarawak
39. Ketua Awang, Kampung Long Sebayong,
40. Tai Bilong, Kampung Long Sebayong,
41. Alla Busang, Kampung Long Raya,
42. Nyok Wee, Kampung Long Raya
43. Datuk Racha Umong, Kampung Lawas
44. Isaac Udan Rangat, Long Tuma
45. Lawrence Pagog Agong, Long Tuma
46. Bee Kapong, Kampung Gaya Baru
47. Ah Haw, Kampung Merapok
48. Thomas Khoo, Trusan,
49. Rining Balang (Kalat), Long Nawi, Ba’ Kelalan
50. Penghulu Padan Paren, Ba’ Kelalan
51. Meru Asai, Ba’ Kelalan
52. Labo Lahung, Ba’ Kelalan
53. Berauk Parir, Ba’ Kelalan
54. Sigar Labung, Ba’ Kelalan
55. Pengiran Sia, Ba’ Kelalan
56. Padan Kapuy, Ba’ Kelalan
57. Asai Ngilo, Ba’ Kelalan
58. Mutang Singa, Ba’ Kelalan
59. Baru Rugu, Ba’ Kelalan
60. Bayau Rupan, Ba’ Kelalan
61. Libat Agung, Ba’ Kelalan
62. Seminar Padan, Ba’ Kelalan
63. Upai, Ba’ Kelalan
64. Asing Pudun, Ba’ Kelalan
65. Pengiran Singa, Ba’ Kelalan
66. Sigar Pugu, Ba’ Kelalan
67. Tadem Asing, Ba’ Kelalan
68. Sigar Bari, Ba’ Kelalan
69. Selutau Tawi, Ba’ Kelalan
70. Rining Kalat, Ba’ Kelalan
71. Labo Saki, Ba’ Kelalan
72. Mutang Peru, Ba’ Kelalan
73. Augkag Padan, Ba’ Kelalan
74. Ukab Peru, Ba’ Kelalan
75. Dawat Sigar, Ba’ Kelalan
76. Palung Kaya, Ba’ Kelalan
77. Peru Ngilo, Ba’ Kelalan
78. Balang Lalung, Ba’ Kelalan
79. Selutan Tawi, Buduk Bui, Ba’ Kelalan
80. Balang Sigar, Long Rusu, Ba’ Kelalan
81. Tua Labung, Long Kumap, Ba’ Kelalan
82. Padan Labo, Long Kumap, Ba’ Kelalan
83. Bagau Saru, Long Muda
84. Bangau Gugkang, Long Muda
85. Basar bin Paru, Long Tanid
86. Pengiran Assai, Trusan, Lawas
87. Abai Tuie
88. Awangku Osman bin Pengiran J., Lawas
89. Haji Masri bin Haji Saim, Lawas
90. Sitam bin Japar, Lawas
91. Sultan Libang, Pa Lungan
92. Udan Tuna, Pa Lungan, Bario
93. Tamu Usun, Pa Lungan, Bario
94. Uyau Palad @ Marin Piun, Pa Lungan, Bario
95. Tama Galang, Pa Lungan, Bario
96. Agan Raja @ Galih Balang, Pa Lungan, Bario
97. Tama Pasang (Headman), Pa Umor, Bario
98. Tama Malai, Pa Umor, Bario
99. Balang Imat (Ex Headman) , Pa Umor, Bario
100. Tama Akup, Pa Umor, Bario
101. Tama Bulan, Pa Umor, Bario
102. Agan Abai 2 Ngelawan Rasa, Kampung Bario Asal, Bario
103. Balang Radu, Kampung Bario Asal, Bario
104. Mikat Balang, Kampung Bario Asal, Bario
105. Ulit Mitu, Kampung Bario Asal, Bario
106. Tama Saging (Headman), Kampung Bario Asal, Bario
107. Tayun Balang @ Paran Matu, Kampung Bario Asal, Bario
108. Bala Tuuh @ Amat Ibuh, Kampung Bario Asal, Bario
109. David Lian @ Maran Tala, Kampung Bario Asal, Bario
110. Maran Roito, Kampung Bario Asal, Bario
111. Perait Mangong (Tama Nirim), Kampung Bario Asal, Bario
112. Tama Saging (Agan Ulun) , Kampung Bario Asal, Bario
113. Lian Ipang, Kampung Bario Asal, Bario
114. Paran Matu, Kampung Bario Asal, Bario
115. Tama Engan, Kampung Bario Asal, Bario
116. Penghulu Ngimat Ayu, Kampung Ulung Palang, Bario
117. Taguy Ribuh (Headman) , Kampung Ulung Palang, Bario
118. Taguy ArunBuda Mru, Kampung Ulung Palang, Bario
119. Nily Ayu, Kampung Ulung Palang, Bario
120. Maya Ulun, Kampung Ulung Palang, Bario
121. Bala Tuuh (Headman), Kampung Ulung Palang, Bario
122. Ngalawan Raja (Headman), Kampung Arur Dalam, Bario
123. Nalin Raja, Kampung Arur Dalam, Bario
124. Raja Mitu, Kampung Arur Dalam, Bario
125. Naul Raja, Kampung Arur Dalam, Bario
126. Nakap Ulun, Kampung Arur Dalam, Bario
Marudi, Sarawak
127. Lantif, Kampung Long San,
128. Muing Juman Ajang, Long Akah
129. Lajau Paran, Kampung Long San
130. Tama Asung Lujat, Kampung Long San
131. Maping Batang Paran, Kampung Long San
132. Oyau Nian Lajau, Kampung Long San
133. Karing, Kampung Long San
134. Mujang, Kampung Long San
135. Niong Paran, Kampung Long San
136. Lian Paran, Kampung Long San
137. Tingang Nan, Kampung Long San
138. Tamagung Laniai Jau Saba Irang, Kampung Long San
139. Usat Nian, Kampung Long Miri
140. Jok Nian, Kampung Long Miri
141. Ding Anyi, Kampung Long Miri
142. Akem Lah Emang, Kampung Long Miri
143. Anyi Nian, Kampung Long Miri
144. Ding Lah, Kampung Long Miri
145. Tingang Ding, Kampung Long Miri
146. Tingang Nian, Kampung Long Miri
147. Ding Emang, Kampung Long Miri
148. Avit Jok, Kampung Long Miri
149. Mering Nian, Kampung Long Miri
150. Barah Emang, Kampung Long Miri
151. Batang Dayung, Kampung Long Miri
152. Akem Ajeng Wan, Kampung Long Miri
153. Aban Emang Ngau, Kampung Long Miri
154. Aban Laing Jau, Kampung Long Miri
155. Akem Anyi Ngau, Kampung Long Miri
156. Akem Ngau Mering, Kampung Long Miri
157. Tingang Jok, Kampung Long Miri
158. Aban Mering Jok, Kampung Long Miri
159. Laing Anyi, Kampung Long Miri
160. Bui Anyi Abing, Kampung Long Miri
161. Lawai Wan, Kampung Long Miri
162. Jau Emang, Kampung Long Miri
163. Bui Jok Wan, Kampung Long Miri
164. Lake Eng Jau, Kampung Long Miri
165. Lake Jok Uyo, Kampung Long Miri
166. Lake Anyi Jok, Kampung Long Miri
Kapit, Sarawak
167. Linggi anak Jugah
168. Koh Anak Jubang
169. Jinggut Anak Aitam
170. Tedong
Kanowit, Sarawak
171. Blaja
Kuching, Sarawak
172. Datuk Stephen Wan Ullok Telang
Sipitang, Sabah
173. Chang, Kampung Melaman
174. Kapung, Kampung Melaman
175. Penghulu Muluk, Kampung Melaman
176. Yamal, Kampung Melaman
177. Labo Siluk, Kampung Beluni
178. Tiang B. Baling, Kampung Meligan
179. Balang Laya, Kampung Meligan
180. Marancan Ansapole, Kampung Meligan
181. Batang, Kampung Meligan
182. Langkap Angilit, Kampung Meligan
183. Ugang, Kampung Meligan
184. Bali, Kampung Meligan, Sipitang
185. Balang Besi, Kampung Meligan
186. Sualang, Kampung Meligan
187. Tanong, Kampung Meligan
188. Rining Agong, Kampung Meligan
189. Lamsau Laungan, Kampung Muaya
190. Bangau Belapang, Kampung Long Miau
191. Pengiran Belapang, Kampung Long Miau
192. Baru Belapang, Kampung Long Miau
193. Agung Balang, Long Pa’ Sia, Sipitang
194. Achang, Sindumin
Pensiangan, Sabah
195. Malauing bin Languan, Kampung Saliliran
196. Anggau Bin Binungkul, Kampung Saliliran
197. Sumasai bin Languan, Kampung Saliliran
198. Malinau bin Balikok, Kampung Saliliran
199. Ahatang Bin Amunpul, Kampung Saliliran
200. Inilik Bin Sailon, Kampung Saliliran
201. Lumai Bin Bumbuling, Kampung Saliliran
202. Ansinuy Bin Siluir, Kampung Saliliran
203. Liyau Bin Uran, Kampung Saliliran
204. Siangkul Bin Biagan, Kampung Silungai
205. Anangau Bin Anamangat, Kampung Silungai
206. Tulamus bin Mungkiou, Kampung Silungai
207. Kilang, Kampung Silungai
Nama-nama yang disenaraikan ini Cuma sebahagian sahaja daripada jumlah sebenar yang berjaya dikenalpasti. Nama mereka sememangnya tidak pernah kita kenali. Perjuangan dan pengorbanan mereka juga tidak pernah difilemkan buat tatapan generasi mendatang. Tetapi pengorbanan mereka harus kita hargai. Mereka inilah anak watan Sarawak Dan Sabah yang perjuangan mereka tidak didendangkan langsung. Bagi yang telah tiada semoga roh mereka tenang disisi Tuhan Yang Esa. RIP. Amen.
Salute To All The Unsung Heroes Of Komando Semut.
IBAN TRACKER
AGI IDUP AGI NGELABAN
IBAN TRACKER
"Team Elite First Southeast Asia 1951 (Sarawak Ranger), better known by the name of The Headhunter Team. They had also been recognized by the World's Best Team at the time by Sir Gerald Templer ... The success and recognition:
1 Team in the World Tracker - defeating the communist around Temasek (Singapore), Malaya (Peninsular. Malaysia), Siam (Thailand).
2. his number was sent to Vietnam to help the Americans against the Viet Kong at the time.
3 teams with the most feared guerrilla tactic at that time, that elite team of British SAS (Special Air Service) are unable to match this team at that time, and a number of SAS trainers received no formal training from the team.
4, the team that can beat PARAKU / Indonesian army largely invulnerable / invisible / can disappear when kofantrasi era. Never acknowledged by former Indonesian president Sukarno at the time - "Military Iban came uninvited, now go all tenteraku lost his life ... a lot of divorced body and head. They were so fast that the human eye can not see. "
5 Heritage team is also responsible for keeping the peace during riots on May 13, because most of them are not in favor of the natural stance of any race.
6 This team is the only team in the world peace that specializes in close combat. - Recognized by KOPASUS (Indonesian elite army).
"Bisi bala kita dalam gambar tu?
Gambar kenang bala Iban Tracker ba serian
Langgan:
Catatan (Atom)